Translate

Thursday, 21 February 2013

Esei time skola dlu2 XD

As I rummaged my stuffs looking for A4/testpad paper, I found my essays both in BM and BI among the things that I made a mess of. Since you girls want to read my 'karya', here are the pieces among the pieces.

Kehidupan sebagai Seorang Pelajar

     Kehidupan sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu yang manis seperti yang disangkakan. Siapa sangka, bukan sahaja pelajaran yang memberikan kita masalah, tetapi kehidupan sebagai seorang anak dan kawan. Sungguhpun begitu, aku masih memandang positif dalam kehidupan yang aku lalui ini.

     "Rina! Tunggu aku!" Tina berlari mendapatkan aku. Aku berhenti dan tersenyum padanya. Tina masih lagi mencari udara sambil mengurut dadanya. Tina bercita-cita untuk menjadi seorang saintis. Dia ingin mengikut jejak ibu bapanya. yang turut merupakan saintis di sebuah institusi di luar negara.

     Kami sama-sama melangkah ke perpustakaan untuk memulangkan beberapa buah buku yang kami pinjam sebagai bahan bacaan tambahan. Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang dan ini merupakan persiapan terakhir aku. Biologi, Kimia, Fizik, siapa sangka mata pelajaran itu sungguh susah untuk aku menelannya. Keputusan aku untuk ketiga-tiga matapelajaran itu teruk jika dibandingkan dengan keputusan Tina.

     Aku masih lagi dihantui dengan peristiwa lama bila kehadiran Mira dalam hidup aku masih lagi wujud. Aku tidak akan sesekali menjadi sepertinya.

     "Aku tak sanggup nak hidup lagi, Rina... Aku gagal banyak subjek... Rasa macam nak bunuh diri," Mira mengucapkan kata-kata yang aku tidak pernah sangka. PMR nya begitu menyedihkan sedangkan sebelum ini keputusannya amat cemerlang. Malam itu, aku digemparkan dengan berita kematian Mira. Dia menelan pil tidur dengan dos yang berlebihan. Dia tidak dapat diselamatkan. Sejak dari hari itu, aku bertekad untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

     Tina banyak membantu aku dalam subjek yang aku lemah. Pada mulanya memang menyeksakan kehidupan seorang pelajar. Aku telah meninggalkan kegiatan menonton televisyen. Aku sering pergi menghadirkan diri ke kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guruku. Selain itu, aku juga mendaftar di pusat tuisyen di luar. Aku bukan lagi pelajar yang malas sewaktu sebelum kematian Mira.

     Aku memandang kehidupan aku dengan lebih positif berbanding sebelum ini. Mira telah membuka mataku sebagai seorang pelajar. Aku juga, walaupun sebelum ini seorang pelajar yang malas belajar, aku merupakan ahli aktif dalam kelab kokorikulum di sekolahku. Walaupun aku seorang pelajar sains, cita-cita aku langsung tidak ada kaitan dengan bidang ini. Menjadi seorang penulis novel adalah pilihan aku apabila dewasa kelak.

     Sejak aku berumur 12 tahun lagi, aku telah menulis beberapa buah buku. Kawan-kawan yang membaca buku-buku aku memuji hasil tulisan aku. Walaupun masih jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi seorang penulis novel, bukankah itu tugas pelajar untuk mempunyai matlamat hidup?

     Aku berusaha untuk berjaya dalam hidup ini demi membalas segala pengorbanan ibu bapa aku. Merekalah yang telah membuatkan aku sedar, tanpa mereka siapalah aku didunia ini. Mereka terlalu mengharapkan aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Tetapi, semua ini tidak boleh dijangka. Kadang-kala apabila aku memikirkan hal ini, aku menjadi sedih. Bagaimana kalau aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti? Kecewakah ibu bapaku nanti? Aku juga akan kecewakah nanti?

     Sekarang, sebagai seorang pelajar, aku cuma perlu belajar dan menjadi yang terbaik. Kita cuma boleh merancang dan Dia yang menentukannya.

     "Hei, jangan asyik berangan, Rina," Tina ketawa melihat ekspresi wajahku. Semakin dekat dengan peperiksaan, semakin banyak perkara yang aku fikirkan.

     "Dah ulang kaji subjek apa?" aku bertanya kepada Tina yang sedang khusyuk menelaah. Dia tersenyum dan menjawab semua.

     Aku memandang keputusan peperiksaan akhir tahunku. Aku bakal menduduki SPM pada tahun hadapan. Aku cuma tersenyum.

     "Nampaknya, tahun depan usaha lebih lagi," aku memandang pakaian seragamku. Baju putih dan kain berwarna  biru laut. Aku suka dengan pakaian ini. Nampaknya perjalanan aku sebagai seorang pelajar bukan berhenti di sini.


This one doesn't has any title...

     "Mak! Rina nak pergi sekolah sekarang. Nanti lambat!" aku terus menyarungkan kasut sekolahku. Tiba-tiba ibu menepuk bahuku dengan lembut. Aku berpaling dan melihat ibu sedang memegang bekas makananku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dan terus berlalu ke sekolah. Aku tahu apabila aku sudah pergi ke sekolah, ibu akan menyiapkan segala tugasnya di dalam rumah itu. Pada petang hari pula, dia akan pergi ke kebun di tanah miliknya yang hanya sekangkang kera untuk melakukan kerja-kerja berkebunnya di situ.

     "Rina!" aku melambai kepada empunya suara itu, Tina. Kawan baikku sejak sekolah rendah lagi. Dia seorang yang pandai. Aku mengaku kadang-kala aku cemburu akan kepandaiannya. Walau bagaimanapun, dia masih tetap kawan baik aku.

     "Hari Ibu akan tiba. Awak nak beli apa untuk ibu awak?" aku tersenyum. Soalan yang sentiasa ditanya kepadaku saban tahun. Aku menggeleng. Jawapanku seperti sudah dijangka oleh Tina. Mana tidaknya, setiap kali Hari Ibu, aku tidak pernah memberi apa-apa kepada ibuku.

     "Awak tak boleh macam ini, Rina. Dia ibu awak. Sekurang-kurangnya belilah hadiah yang murah kalau tidak mampu."

     "Bukan macam itu, Saya tidak membeli hadiah untuknya bukan bermaksud saya tidak sayangkan ibu saya. Ada sesuatu yang telah lama saya idamkan untuk diberikan kepada ibu saya," aku tersenyum pahit.

     Tina tidak membalas kata-kataku. Dia cuma mendiamkan diri sehinggalah kami masuk ke kelas. Aku agak teruja dengan idea yang diperkatakan oleh Cikgu Aimi. Hati membara ingin memberitahu ibuku yang berada di rumah. Kelas aku akan mengadakan satu lawatan ke Kuala Lumpur selama dua hari satu malam. Aku dan Tina berbual-bual mengenainya. Rasa tidak sabar mengatasi perasaan yang tadinya muram dan pedih.

     Aku berjalan pulang sambil menyanyi-nyanyi kecil. Senyuman di bibirku tidak pernah pudar. Aku memanggil ibuku. Lama juga kutunggu barulah ibu menyahut panggilanku. Aku mencuci kaki sebelum naik ke dalam rumah. Ibu telah lama berlalu semula ke dapur. Setelah membersihkan diri dan bersolat Zohor, aku menjengah ibuku yang berada di dapur sedang melakukan kerja-kerjanya yang aku lihat tidak pernah selesai.

     "Mak...mak..." panggilan manja aku memancing pandangan ibuku. Bibirnya tersenyum. Dia sudah dapat mengagak ada sesuatu yang aku mahukan apabila aku memanggilnya dengan sebegitu rupa.

     "Kenapa dengan kamu ini? Ulat bulu dah panjat kaki?" ibu masih sempat mengusikku. Muka aku terus berubah. Kemudian aku kembali memanggil ibu dengan gaya suara yang sama.

     "Mak, cikgu ada rancang satu aktiviti di luar sekolah. Rina cadang nak pergi. Boleh tak?" aku yang sudah pun duduk di meja makan mengharapkan jawapan yang positif dari mulut ibuku.

     "Aktiviti luar sekolah, ya? Buat apa? Berkhemah dekat sungai dalam hutan ke? Kalau itu, mak benarkan."

     "Bukan yang itu, mak. Lawatan sambil belajar. Di Kuala Lumpur! Kami akan pergi selama dua hari satu malam!" aku bercakap dengan bersungguh-sungguh. Ibu dapat melihat wajahku bersinar-sinar. Sebaliknya aku melihat wajah ibu sudah berubah. Senyumannya tadi hilang entah ke mana.

     "Berapa bayarannya...?" suara lemah ibu menarik perhatianku.

     "Em... RM 250, mak..." aku melihat wajah ibu yang jarang kulihat sejak kematian abah lima tahun lepas.

     "Banyaknya..."

     Kata-katanya sepatutnya aku boleh jangka. Kenapa aku masih boleh terfikir untuk mengikuti lawatan tersebut? Aku terus bangkit tanpa menjamah sedikit pun makanan yang sseharusnya aku makan. Aku tahu ibu sedang memandangku tetapi aku terus masuk ke bilik dan membuat kerja  sekolah tanpa menghiraukan panggilan ibu di luar bilikku.

     Keesokan paginya, jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku mencium bau yang agak menyelerakan. Apabila tanganku ingin mencapai tombol pintu bilikku, aku berhenti. Aku hairan. Awal sebegini? Ibu tidak pernah bangun awal sebegini. Aku dengan langkah berhati-hati mengintai dari sebalik dinding dapur. Aku melihat ibu bersusah payah menanak nasi dan sesuatu di dalam periuk.

     "Nasi Lemak? Bila masa mak berniaga nasi lemak?" tiba-tiba aku tersentak. Teringat perbualanku dengan ibu pada tengah hari semalam. Mataku berubah sayu apabila melihat ibuku bergerak pantas antara meja makan dan dapur gas. Di atas meja makan aku melihat sudah hampir separuh bakul itu berisi dengan nasi lemak. Aku jangka ibuku bangun lebih awal dari ini.

     Pagi itu pada waktu belajar, aku memberitahu Tina aku tidak dapat mengikutinya ke Kuala Lumpur. Ibuku tidak mampu. Aku tidak sanggup membiarkan ibuku berkorban untukku sehingga begitu sekali. Tina memprotes. Lawatan itu akan diadakan pada hujung bulan ini. Aku menggelengkan kepalaku.

     "Lagi dua minggu... Saya tidak mahu menyusahkan ibu saya. Maaf ya, Tina. Saya tidak dapat pergi," sedar tidak sedar aku sudah berada di hadapan rumahku. Aku memanggil ibu. Tidak bersahut. Aku memanggil sekali lagi dengan lebih lantang. Juga tidak bersahut. Aku panik. Aku berlari masuk ke rumah tanpa mencuci kakiku terlebih dahulu seperti biasa yang aku lakukan. Aku mencari ibu di setiap sudut rumah itu sambil memanggil-manggil ibuku. Tiada! Ibuku tiada di dalam rumah!

     Tanpa menukar baju, aku menyarung selipar dan berlari menuju ke kebun ibu sejauh dua kilometer dari rumahku. Setibanya aku di sana, aku terduduk di atas tanah kerana hati ini terlalu lega melihat ibuku sedang menyentuh tanah. Perasaan lega itu kemudiannya bertukar sayu. Aku berlari ke arah ibuku. Ibu yang perasan akan kedatanganku melambai-lambai kepadaku.

     Aku tercungap-cungap mencari udara. Ibu tersenyum kepadaku. Sekali lagi suara manja aku mengubah ekspresi wajah ibuku.

     "Kenapa Rina?" walaupun suaranya lemah tetapi digagahkan juga untuk senyum kepadaku. Jauh di sudut hati, aku terasa nyilu apabila melihat ibu sebegitu.

     "Rina tak nak pergilah, mak. Nanti Rina rindu kat mak. Nanti Rina menangis malam-malam teringatkan mak. Mak tak payah lagi susah-susahkan diri mak. Selama ini mak pergi kebun waktu petang saja. Sekarang ini waktu panas terik, mak berkebun. Lagi, Rina ada nampak tanam pokok yang baru," aku tidak teruskan lagi madahku.

     "Tak mengapa. Lagipun Rina ini anak mak. Apa salahnya mak susah sikit untuk anak mak? Rina ini satu-satunya anak mak. Mak tak ada anak lain lagi."

     Kata-kata ibu mengharukan aku. Walaupun aku telah meminta ibu supaya  berhenti atas alasan aku tidak mahu meninggalkan dia, aku dikejutkan dengan sampul surat berwarna putih di atas meja belajarku.

     Aku meluru keluar dari bilikku. Aku melihat ibuku sedang duduk melipat kain yang baru diangkat dari ampaian. Aku terus memeluk ibuku dari belakang. Tanganku yang disilangkan di leher ibuku disentuh lembut olehnya. Aku mengucapkan terima kasih sambil mengesat air mata yang sudahpun menuruni pipiku.

     "Rina dah kata tak payah, kenapa mak bersusah payah? Tak mengapalah. Mak ambillah duit ini. Mak simpan sahaja," ibu menolak dengan senyuman. Ah, tidak sanggup aku menjadi seorang anak yang bersifat sebegini buruk! Ibu telah banyak berkorban untukku, dari kecil hinggalah sekarang.

     Aku mengimbau kembali masa silamku bersama ibuku. Dari kecil lagi aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Ditatang bagai minyak yang penuh. Dialah yang melahirkan aku, menyusukan aku, mendidik aku, mengasuh aku, menjaga aku... Sekarang barulah aku sedar. Aku pula yang perlu menjaga ibuku. Teringat kembali ketika aku demam kuat, batuk yang tidak henti-henti sepanjang malam. Keperitan ibu menjaga aku tanpa memikirkan kesihatan dirinya untuk memastikan aku cepat sembuh. Ketika aku kecil, masih segar lagi dalam ingatanku. Ibu tidak lena tidur malam hanya untuk memastikan aku dapat tidur lena. Di bunuhnya nyamuk-nyamuk yang datang kepadaku tetapi langsung tidak peduli nyamuk yang hinggap pada badannya.

     Aku mengesat air mataku apabila sewaktu kematian abah. Ibu gagah menjalani kehidupan dan pertanyaanku, di mana abah? di mana abah? Dia terlalu baik untuk menjadi seorang ibu kepada anak yang mempunyai perangai yang tidak seperti seorang anak. Anak yang tidak tahu membalas jasanya.

     Inilah yang aku mahukan. Inilah yang aku mahu berikan kepada ibuku sempena Hari Ibu. Seorang anak yang berjaya dalam pelajaran. Seorang anak yang berjaya dalam kehidupan. Seorang anak yang berjaya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya.

     Aku berjalan di laluan yang sering digunakan olehmu. Aku menyentuh tanah yang sering disentuh olehmu. Aku duduk di kerusi yang sentiasa menunggumu. Aku berbaring di atas katil yang dulu digunakan olehmu. Hadiah Hari Ibu yang telah aku berjaya berikan dua tahun lepas dan kenangan-kenangan kita pada masa lalu masih segar diingatanku. Ibu, sempena Hari Ibu pada tahun ini, aku menghadiahkanmu Al-Fatihah dan ucapan yang sentiasa tidak mahu aku katakan. Terima kasih, ibu...

This one also untitled...

    "This one is for you, honey," mother handed in the present to me.

    "Thanks mum!" I said to mother. It was my birthday present. I opened the package and saw a diary.

    "Do you like it? You are a teenage girl. So, I guess you want to 'record' your exciting life," mother is such a wonderful woman. She can read whatever I'm thinking. She went back to work and I wrote my first experience in this little book.

     "What did your mother give you yesterday?" my best friend, Delilah asked me.

     "A diary! It is so beautiful! I like it very much," I kept on smiling and smiling until she asked me a question that I have never thought of.

     "I think your mother gave you a diary so that she can read it. Don't you think so?" I was shocked the moment she told me her thinking.

     "Why would she do that? I told my secrets to her. She doesn't need to read my diary to know about my life. She knew it already."

    "Are you sure? Tell me frankly. Not all your secrets your mother knew, right? I know it. I'm your best friend. Some secrets you told me are not something that you could tell your mother."

    I gave up. Why would I fall into that brainwashing process? But, before I knew, I had created a barrier between my mother and I. I didn't know why, but I think I didn't believe her anymore. All the secrets that I always share with my mother, I did not speak about it anymore. After that moment, no new secrets for her from me.

    "Camryn, I think that lately you have been avoiding me. Why?" I knew it. Sooner or later she will ask me that question. I just smiled to her and left without saying a word. I heard her sigh as I walked away. Poor mother, her only child didn't trust her anymore. How can I be such a spoiled child?

     "Hey, Camryn! Did your mother read your diary?" Delilah whispered to me. I glanced at her and bit my lips.

     "What is wrong with you!?" she was shocked when I shouted at her like that. She nodded and smiled at me.

     "What is wrong me? I think that question suits you best. What happened Camryn? You're not talking to me since then. What has got into your head!?" I sighed. The moment she heard my sigh, she walked away just like that. What am I supposed to do right now? My best friend left me and I didn't talk to mother for almost two years. Who am I supposed to have a talk with?

     Years passed by and I only talked to mother when necessary. The one thing that touched my heart was, mother kept giving me birthday presents and they were different each year.

     "I'm sorry Mrs. Hoffman. I could not do anything to prevent 'this' from spreading, but we still have a chance "

     "No, I don't want. How much time do I have?"
 
     Mother always gave me something, but I didn't bother about her. Neither her birthday nor Mother's Day. Those days seemed not important to me. One day, I found an old photo album. I opened it and I saw every memory  mother had with me. From the day I was born until the year I stopped talking to her. Not knowing, I was crying. What had I done? She never peeked into my diaries. Why am I acting like a fool!?

     I ran towards the lawn. I saw she was mending the shrubs. Slowly I walked toward her and stopped right behind her back. I spread my arms and hugged her. She was astonished and somehow her reaction was funny and I just smiled at her and she smiled back to me. After getting her hands clean, she raised my arm and we walked side by side  inside the house. She asked me to sit on the sofa while she went to the kitchen. After a moment, she brought two cups of hot chocolate.

     I reached to one of the cups. I saw she was looking deep inside my eyes. She looked tired.

     "What's wrong mum?"

     "I want to tell you something," her voice was up and down.

     "What is it, mum?" I seemed inquisitive.

     "Em... I have cancer... and I don't have much time... and that's it," mother got up and left me. I was so shocked that I couldn't talk or move or even blink my eyes. Everything happened so fast. I cried immediately after she shook my shoulders. I hugged her, tightly.

     "I'm sorry, mum! I knew I was wrong all these years! Please do not leave me. Stay with me. I want us to create beautiful memories again!"

     Mother smiled at me and she nodded. She only has three months to live and I didn't have much time to spend my time with her. I was so sad and everytime we created memories together, I could not smile, not for a second. But mother, she was always smiling like she always did. Mother's Day for that year was coming and I saw mother lying sickly on her bed. Her face was pale and her voice sometimes didn't reach my ears.

     On one of my historical days, I woke up early in the morning and rushed to mother's bedroom and I hugged her. She smiled at me. I gave her a present for Mother's Day. It was a shawl. A blue one. Her favourite colour. I saw her tears and sadness filled the room.

     Years passed. I was sitting on a chair, looking myself into the mirror with white attire. The woman who tied my hair congratulated me was my aunt. Aunt Marie.

     "Congratulations, dear. This is your most historical day for you. You will be marrying today," she glanced at me and smiled.

     "Oh Aunt Marie, thank you. I wished my mother would be here."

     "Oh, she will. She is inside you, my dear. Inside your heart."

     Mum, to me, this is my special present for you. Thank you, mum. I love you and happy Mother's Day.


Okay, so due cite yg pasal mother's day tu ak tulis sbb exam ak around waktu tu. and so cikgu2 gedik suh ktowg tulis pasal hari mak. yg eng esei tu ak x ingat ak tulis time form 4 or 5. but, cite bm yg untitled tu ak tulis mase ak form 5 and yg 'kehidupn sbg seorg pljr' waktu form 4. Oh ya, ak ngaku skit cite2 yg ak tulis ni agak cliche skit la. Haha.. terutama yg english ni... bile ak bc balik rase klaka plak.. haha..  ak ade lg esei pendek time skola dulu, tp malas la nk selongkar majalah skola ak..so later2 la kalo ak rajin :p oh, and ignore kan la grammatical error ak hehe

p/s: bile korang nk hbs bc bku ak tu??? cepat la hbs kan and bg komen >.<

8 comments:

raindrops_on_my_head said...

hehee... just fin reading :P ko ni cerita semua yg bajet nak wat org nages jer.. pasal mak mati la... pasal kawan bunuh diri la.. :P anyway, novel ko tu kat melaka :P soru2.. xhabis baca lagi... hehee.. sabar yer... aku ni dah lama x baca novel kut..

kirihana said...

dh die nk cite psl mother's day, dedua cite ak wat cite mak mati, senang. haha

yg kwn bunuh diri tu agak dark skit la.. ikut kan nk pnjg kan lg tp x de mase. takut melalut x tentu arah

raindrops_on_my_head said...

hhaaaa... at first aku ingat cik 'Mira' tu jahat ker... pulled u to the dark side.. rupa2nyer bunuh diri pasal studies lak =_= huhuuu

kirihana said...

haha, kan ramai je org yg bunuh diri sbb gagal dlm exam.. maybe not malaysia la

raindrops_on_my_head said...

uni time ade la kot.. tapi sekolah? hahaa.. ape2 la...

kirihana said...

jadi la~~ cite kan

mikaharima said...

cite ko asal sume sedih ni??? tahun ni sile buat cite happy ckit... hahahaa!

kirihana said...

haha, x pe, cite2 ak sume kalo sedih pun ending hepi! haha